
Beliau berkata, menteri tenaga, sains, teknologi, alam sekitar dan perubahan iklim itu “bekerja lebih kuat berbanding sesetengah menteri lelaki”, walaupun berada di trimester akhir kehamilan.
Hannah mengulas soalan beberapa wartawan yang bertanya Yoe jika cuti bersalin akan menjejaskan tugasnya berkaitan dengan Lynas Corporation, loji pemprosesan nadir bumi yang dikawal kementeriannya.
“Daripada meraikan dan bergembira bahawa negara ini akhirnya dapat menggunakan bakat wanita muda yang cemerlang ini dalam Kabinet, media memilih untuk menonjolkan ketidakhadirannya apabila dia cuti bersalin,” tulis Hannah di Facebook.
Kementerian Hannah mempromosikan waktu kerja yang fleksibel serta memanjangkan cuti bersalin dari 60 hari kepada 90 hari.
Dalam Belanjawan 2020, Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengumumkan pekerja berhak mengambil cuti bersalin 90 hari.