Sime Darby selesai jual operasi di Liberia

Sime Darby selesai jual operasi di Liberia

Ia dijual kepada MPOI pada AS$1 (RM4.06), selain aturan pembayaran pada jumlah yang akan ditentukan mengikut purata harga minyak sawit mentah (MSM) dan pengeluaran MSM pada 2022.

Mano Palm Oil Industries, sebuah unit Mano Manufacturing Company, terlibat dalam pembelian MSM dan mengeksportnya ke berbagai destinasi di seluruh Afrika Barat.
KUALA LUMPUR:
Sime Darby Plantation Bhd menyelesaikan jualan keseluruhan kepentingan ekuitinya dalam Sime Darby Plantation (Liberia) Inc (SDPL) kepada Mano Palm Oil Industries Ltd (MPOI).

Ia dijual kepada MPOI pada AS$1 (RM4.06), selain aturan pembayaran pada jumlah yang akan ditentukan mengikut purata harga minyak sawit mentah (MSM) dan pengeluaran MSM SDPL pada 2022.

Pertimbangan pembayaran akan dibuat dalam ansuran suku tahunan dalam tempoh 8 tahun, bermula April 2023, kata kumpulan itu dalam kenyataan hari ini.

Pengarah urusan kumpulan, Mohamad Helmy Othman Basha berkata, pembayaran itu merupakan potensi pendapatan berterusan untuk kumpulan itu walaupun selepas SDPL tidak lagi menjadi anak syarikatnya.

“Namun lebih penting, pelupusan ini akan membolehkan kami mengelak kerugian selanjutnya dalam akaun dan memindahkan sumber kewangan ke bidang lain yang akan mewujudkan nilai tertinggi bagi kumpulan dan pemegang saham,” katanya.

Beliau berkata, terma dan syarat jualan aset itu telah dipersetujui dengan pembeli mengambil kira aliran keluar tunai kumpulan dan kerugian berterusan yang dialami SDPL.

SDPL mencatat kerugian berterusan sejak penubuhannya.

Pada 2018 dan 2019, ia mencatatkan kerugian operasi masing-masing sebanyak AS$19 juta dan AS$16 juta, sebelum kerugian aset lagi.

“Walaupun kumpulan itu berusaha untuk mengurangkan kos operasi dan mengambil pelbagai langkah untuk meningkatkan kecekapan operasi, ia masih tidak dapat mengekalkan operasinya dan menyediakan kemampan jangka panjang ke atas perniagaan,” kata Mohamad Helmy.

MPOI, sebuah unit Mano Manufacturing Company, terlibat dalam pembelian MSM dan mengeksportnya ke berbagai destinasi di seluruh Afrika Barat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.