
Seperti biasa, jika ingin menaiki kapal terbang, beberapa pemeriksaan harus dilakukan.
Anda akan diperiksa oleh pegawai yang bertugas supaya tidak membawa barangan terlarang yang tidak dibenarkan.
Ia juga bertujuan menjaga keselamatan semua pihak yang berada di dalam pesawat.
Dalam pemeriksaan tersebut, anda harus meletakkan sebarang peralatan di dalam bekas khas, kemudian anda akan melalui laluan pengimbas atau “scan” untuk melihat secara terperinci pada badan anda.
Namun, gara-gara malas membuka jaket ketika mendaftar masuk, seorang lelaki bertindak masuk ke dalam mesin pengimbas bagasi di Stesen Keretapi Barat Beijing, China.
Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di stesen tersebut, lelaki itu dengan selamba merebahkan dirinya di atas mesin seolah-olah dirinya sebuah bagasi ketika penumpang lain sibuk membuka jaket dan mengeluarkan barang untuk diimbas.
Lelaki tersebut terus merangkak di dalam mesin pengimbas meskipun petugas menghentikan pergerakan mesin tersebut dan berteriak kepadanya.
Berdasarkan sumber melalui laporan Asia One, polis mengarahkan petugas keselamatan stesen tersebut menahan lelaki itu kerana berkelakuan aneh.
Menurut laporan Shanghaiist, rakaman CCTV menunjukkan lelaki itu tiba di lokasi pemeriksaan keselamatan dan bercakap dengan pekerja di situ sebelum masuk ke dalam mesin tersebut.
Lelaki itu membuat pengakuan tidak mahu bersusah payah membuka jaket musim sejuknya yang berat dan mengosongkan poketnya.
Dia dan isterinya yang dilaporkan dalam perjalanan bercuti kemudian dilepaskan dengan amaran polis.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]