Bagaimana kehidupan anda sejak harga bawang India meningkat?

Bagaimana kehidupan anda sejak harga bawang India meningkat?

Harga bawang India naik sehingga RM24 sekilogram menjadikan ia harga paling mahal setakat ini dan krisis tersebut tidak tahu bila akan berakhir.

Ramai peniaga yang tidak lagi menjual bawang India kerana kenaikan harga yang mendadak.

Berikutan itu, pembeli sukar untuk mendapatkan bawang India kerana kekurangan bekalan, dan jika ada sekalipun harganya sangat mahal.

Masalah ini dikesan sejak September lalu, difahamkan berpunca daripada larangan eksport dikenakan pada India.

Dulu, bawang India dijual pada harga RM10 ke RM15 dan ia dikatakan harga paling mahal setakat ini, namun apa yang berlaku di Pulau Pinang adalah lebih daripada itu.

Harganya mencecah RM24 sekilogram dan ia berbeza dengan harga bawang di negeri lain yang dijual serendah RM5 sekilogram.

Jika difikir kembali, dalam hal ini pemborong dan peruncit tidak boleh disalahkan kerana mungkin tiada pilihan lain memandangkan mereka turut memperoleh bekalan daripada pembekal pada harga yang tinggi.

Namun yang menjadi mangsa adalah pembeli kerana pastinya jurang perbezaan harga ini menimbulkan rungutan banyak pihak.

Tetapi rungutan tersebut tidak boleh mengubah keadaan melainkan masyarakat terpaksa menghadapinya.

Dalam hal ini kerajaan juga tidak boleh mengambil tindakan menurunkan harga kerana kenaikan harga itu berpunca daripada penyusutan bekalan di India akibat cuaca tidak menentu.

Antara faktor lain juga ialah pilihan raya negara berkenaan selain memberi tumpuan kepada keperluan rakyatnya.

Keadaan itu menimbulkan persoalan sekiranya wujud unsur pencatutan atau manipulasi harga didalangi pengimport, pembekal, pemborong serta peniaga yang menyebabkan harganya meningkat mendadak dan pengguna menjadi mangsa.

Namun Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) memaklumkan yang ia adalah sementara dan masalah ini akan berakhir pada Februari ini.

Jika ia masih berlarutan, krisis bawang India akan terus menghantui hidup anda yang tidak tahu bila pengakhirannya.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.