RON97 turun 3 sen

RON97 turun 3 sen

Harga runcit RON95 dan diesel dikekalkan selaras dengan keputusan kerajaan untuk menangguhkan program subsidi petrol.

PETALING JAYA:
Harga petrol RON97 turun sebanyak 3 sen iaitu RM2.65 seliter kepada RM2.62 seliter sehingga 17 Jan ini.

Harga RON95 dan diesel kekal RM2.08 serta RM2.18 seliter.

Kementerian Kewangan ketika mengumumkan harga petrol hari ini berkata, berdasarkan formula Mekanisme Harga Automatik (APM), harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh yang sama sepatutnya adalah sebanyak RM2.32 seliter dan RM2.46 seliter.

“Ini menunjukkan penurunan dari minggu lepas bagi harga runcit produk petrol RON95 yang berada pada paras RM2.35 seliter, manakala kenaikan bagi harga runcit produk diesel yang berada pada paras RM2.43 seliter.”

Tetapi, katanya, harga runcit bagi kedua-dua produk adalah dikekalkan pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter selaras dengan keputusan kerajaan untuk menangguhkan program subsidi petrol.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.