
Sambutan tahun baru sememangnya salah satu acara dinanti-nantikan oleh orang ramai setiap tahun.
Namun di China, rakyatnya berasa tertipu apabila tiada sambutan meriah terutamanya bunga api seperti yang dilakukan setiap tahun.
Insiden ini bermula apabila sejumlah besar rakyat China di Shanghai menunggu pertunjukan bunga api sebagai simbolik kepada sambutan tahun baharu.
Bagaimanapun semua penantian mereka hanyalah sia-sia sahaja apabila mereka menerima laporan bahawa tidak ada sebarang bunga api pada malam tersebut.
Namun, apa yang lebih menghairankan penduduk di sana ialah siaran berita di China pula memaparkan sambutan tahun baharu menggunakan 2,000 dron yang hadir dengan formasi bunga api serta kemajuan Shanghai sepanjang 40 tahun.
Rupa-rupanya, pertunjukan dron tersebut telah dirakam dengan lebih awal pada 28 Disember dan sengaja ditayangkan pada malam tahun baharu menurut laporan BBC.

Walaupun idea kreatif kumpulan dari China ini berjaya membuatkan orang ramai teruja, rakyat China meluahkan kekecewaan kerana tidak dapat menyaksikan dron itu diterbangkan pada malam tahun baharu secara terus.
Shanghai Dragon Television pula mempunyai alasan yang berbeza dengan sengaja merakam pertunjukan itu lebih awal supaya jumlah tontonan dapat ditingkatkan pada malam sambutan tahun baharu.
Dalam pada itu, pemilihan dron sebagai cara untuk menyambut tahun baharu berbanding bunga api difahamkan merupakan alternatif terbaharu dalam menjaga alam sekitar dan kualiti pengudaraan.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]