18 anggota pengaman PBB cedera dalam serangan di Mali

18 anggota pengaman PBB cedera dalam serangan di Mali

Pasukan pengaman PBB di Mali melaporkan beberapa mortar atau roket ditembak ke kemnya di Tessalit yang terletak dalam wilayah Kidal.

Mali berdepan kemerosotan dari segi politik dan keselamatan serta berdepan pertempuran antara puak sejak Mac 2012.(Gambar AFP)
NEW YORK:
Lapan belas anggota pengaman Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dari Chad cedera pada Khamis dalam satu serangan yang dilancarkan ke atas sebuah pangkalan tentera di utara Mali, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan seorang jurucakap PBB.

“Misi pengaman PBB di Mali melaporkan pagi ini beberapa mortar atau roket ditembak ke kemnya di Tessalit yang terletak dalam wilayah Kidal,” kata Stephane Dujarric sambil menambah bahawa misi PBB berkongsi kem itu dengan tentera Mali dan pasukan antarabangsa.

Dujarric berkata, laporan awal menunjukkan 6 daripada anggota pengaman terbabit mengalami kecederaan serius.

“Kami mengutuk sekeras-kerasnya serangan yang berlaku di kem itu,” katanya.

Mali berdepan kemerosotan dari segi politik dan keselamatan serta pertempuran antara puak sejak Mac 2012.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.