Ratusan rakan hadiri pengebumian remaja maut main papan selaju di Australia

Ratusan rakan hadiri pengebumian remaja maut main papan selaju di Australia

Jenazah Farhan Fudhail Mohammad Farid dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Setali, kira-kira 12.20 tengah malam tadi.

Mohammad Farhan (kanan) dilaporkan maut semasa bermain papan selaju di Townsville, Queensland, Australia. (Gambar Bernama)
KUANTAN:
Jenazah Mohammad Farhan Fudhail Mohammad Farid yang maut semasa bermain papan selaju di Townsville, Queensland, Australia pada 28 Dis lalu, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Setali, kira-kira 12.20 tengah malam tadi.

Turut menghadiri pengebumian Farhan Fudhail, 16, yang mesra dipanggil “Shabby” ialah ratusan rakan dan kaum keluarga termasuk ibunya Furhzanatul Natasha Mohd Sazali, 30-an, yang bekerja sebagai jururawat di Australia.

Terdahulu, jenazah yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menerusi pesawat Malaysia Airlines terus dibawa ke Kuantan dan tiba Masjid Tok Sira pada 11.20 malam tadi untuk disolatkan.

Media pada 29 Dis lalu melaporkan Farhan Fudhail meninggal dunia selepas terlanggar tiang semasa bermain papan selaju dan difahamkan mangsa cuba memperlahankan papan selajunya semasa meluncur menuruni bukit sebelum kejadian itu.

Allahyarham yang merupakan pelajar di sekolah antarabangsa, difahamkan ke negara itu bersama adiknya Farranazatul Fiqa, 15, untuk bertemu ibu mereka, yang merupakan kebiasaan mereka pada cuti persekolahan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.