Kami tak termakan hasutan anjur protes, Bersih beritahu ahli politik

Kami tak termakan hasutan anjur protes, Bersih beritahu ahli politik

Pengerusi Bersih berkata, ia hanya akan mempertimbang untuk mengadakan bantahan jika kerajaan tidak memberi maklum balas kepada isu penting.

Thomas Fann berkata, Bersih 2.0 hanya akan mengadakan bantahan atas kegagalan institusi sistemik dan tiada respons daripada kerajaan.
KOTA KINABALU:
Pemantau pilihan raya, Bersih 2.0 menolak cabaran Umno untuk mengadakan protes jalanan atas dakwaan amalan tidak beretika pada Pilihan Raya Kecil Kimanis kerana ia tidak akan termakan hasutan ahli politik.

Pengerusi Bersih, Thomas Fann berkata ia hanya akan mempertimbang untuk mengadakan bantahan jika kerajaan tidak memberi maklum balas kepada isu penting.

“Bersih 2.0 tidak membuat bantahan PRK, tetapi hanya atas kegagalan institusi sistemik dan tiada respons daripada kerajaan.

“Kita tentunya tidak menganjurkan protes atas hasutan ahli politik,” katanya menjawab gesaan Naib Presiden Umno, Ismail Sabri Yaakob atas dakwaan mengadakan kenduri dan cabutan bertuah ketika kempen PRK.

Ismail dilaporkan berkata, Bersih perlu bertindak selepas ia bersuara mengenai amalan tidak beretika menjelang hari penamaan calon pada Sabtu lalu.

Bersih Sabah mempersoalkan pengumuman peruntukan pembangunan mengumumkan kerana terdapat sekurang-kurangnya 2 insiden sedemikian.

Yang pertama, katanya, membabitkan Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Ewon Benedick yang mengumumkan projek menaik taraf satu laluan ke sebuah surau di Kampung Pantai Sri Gading di Membakut, satu daripada 2 kawasan di bawah Kimanis.

Satu lagi insiden membabitkan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Salahuddin Ayub yang menyerahkan sekeping cek berjumlah RM90,000 untuk menaik taraf sebuah keti di Kampung Biau di Bongawan, sebuah lagi kawasan di bawah Kimanis.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.