Guna asparagus ramal Donald Trump menang pilihan raya, tapi disingkirkan

Guna asparagus ramal Donald Trump menang pilihan raya, tapi disingkirkan

Seorang wanita United Kingdom menggunakan ‘kuasa asparagus’ untuk meramal apa yang berlaku akan berlaku pada 2020 ini.

Jika anda ingin meramal masa depan, kebiasaannya anda akan pergi ke tempat mengikut kepercayaan masing-masing sama ada bomoh, tabib atau sesiapa sahaja yang mempunyai kelebihan dalam ilmu mistik ini.

Mengikut kepercayaan tertentu, dahulunya pernah viral tentang ramalan menggunakan dua biji buah kelapa, dan keadaan itu mengundang buah mulut netizen yang rata-rata tidak mempercayainya.

Kini seorang wanita dari United Kingdom pula mendakwa dirinya boleh meramal masa depan hanya menggunakan asparagus.

Jemima Packington, 64, berkata kelebihan tersebut diwarisi daripada ibu saudaranya yang juga boleh membuat ramalan menggunakan daun teh.

Menurut Metro News, Jemima yang mendapat jolokan Asparamancer berkata dia hanya akan melabung sayur tersebut ke udara dan tafsiran akan dibuat melaluinya.

“Kebiasaannya 75% hingga 90% ramalan saya tepat dan dibuat setiap tahun termasuk tahun ini.

“Ada masa petunjuk itu sedikit sahaja sehingga saya gagal membacanya dengan tepat tetapi keputusannya tidak terpesong jauh,” katanya.

Antara perkara besar yang turut diramal, Donald Trump akan dipilih sekali lagi sebagai Presiden Amerika Syarikat, namun akan didakwa dan disingkirkan daripada jawatannya.

Selain itu, pemanasan global akan berlaku lebih teruk pada tahun ini iaitu lebih 10 kali ganda dan kebanyakan negara akan mengambil tindakan berikutan hal itu.

Begitu juga dengan taufan dan banjir turut diramal akan berlaku dengan lebih kritikal pada tahun ini.

Malah, Jemima turut mendakwa berdasarkan ramalannya, England bakal memenangi kejohanan kriket Piala Dunia 2020.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.