
BRUSSELS: Duta-duta Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) akan bersidang di Brussels, Belgium hari ini untuk mesyuarat tergempar yang diadakan oleh ketua pakatan ketenteraan itu bagi membincangkan situasi di Timur Tengah, selepas serangan dron Amerika Syarikat di Baghdad membunuh seorang jeneral tertinggi Iran.
Setiausaha Agung Jens Stoltenberg merancang mesyuarat itu selepas berunding dengan anggota-anggota pakatan itu.
Duta-duta Nato bertemu dengan kerap tetapi mesyuarat hari ini dirancang dengan notis singkat selepas pakatan itu kelmarin memutuskan untuk menggantung misi latihan di Iraq kerana risiko keselamatan susulan pembunuhan komander Kor Pengawal Revolusi Islam Iran, Qasem Soleimani pada Jumaat.