
“Raja Azmi membuat keputusan untuk meninggalkan MAHB sebagai CEO kumpulan untuk mengejar peluang-peluang lain,” katanya dalam satu kenyataan.
Sementara itu, lembaga pengarah MAHB melantik ketua pegawai operasi (COO) Mohd Shukrie Mohd Salleh sebagai pemangku CEO kumpulan berkuat kuasa serta-merta.
“Sebagai sebuah syarikat tersenarai awam, MAHB akan menjalankan proses sewajarnya untuk mengenal pasti dan melantik pengganti yang sesuai,” katanya lagi.
Raja Azmi menyertai MAHB pada 1 Feb 2016 sebagai ketua pegawai kewangan sebelum dilantik ke jawatan CEO kumpulan pada 4 Jan 2019.
“Nyata sekali sumbangan beliau kepada MAHB sepanjang tempoh berkhidmat,” katanya.