Bekas timbalan pengarah DBKL berdepan 6 tuduhan esok

Bekas timbalan pengarah DBKL berdepan 6 tuduhan esok

Agensi anti-rasuah itu berkata, Sabudin Mohd Salleh akan didakwa di bawah Akta SPRM 2009 dan Kanun Keseksaan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 9 pagi Selasa.

PETALING JAYA: Bekas pegawai kanan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Sabudin Mohd Salleh akan didakwa dengan 6 pertuduhan di mahkamah esok.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, bekas timbalan pengarah kanan Jabatan Kejuruteraan Awam dan Pengangkutan Bandar DBKL itu akan didakwa di bawah Akta SPRM 2009 serta Kanun Keseksaan.

“Semua maklumat selanjutnya berkaitan kes ini akan dimaklumkan esok selepas pertuduhan dibacakan,” kata SPRM dalam kenyataan hari ini.

Mei tahun lalu, SPRM dilaporkan menemui wang tunai RM1 juta di rumah milik seorang pegawai kanan DBKL di Ampang.

Media melaporkan pegawai kanan DBKL itu menerima rasuah RM200,000 daripada kontraktor sebagai balas untuk kontrak penambahbaikan insfrastuktur.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.