
“Keadaan darurat memerlukan penyelesaian daripada semua penjuru. Itu sebabnya kami memutuskan untuk membekukan selama 180 hari gaji dan imbuhan yang diterima ahli Dewan Perwakilan dan Senat,” tulis presiden Dewan Perwakilan Sergio Massa di Twitter pada Jumaat.
Argentina kini dilanda krisis ekonomi yang buruk, dengan kerajaan mengambil langkah darurat untuk menangani keadaan itu.
Pada pertengahan Okt, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menyemak semula unjuran penurunan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun 2019 Argentina, menurunkan kepada 3.1%.
IMF juga menjangka ekonomi negara Amerika Latin itu merudum sebanyak 1.3% tahun depan.