
Nabil Abu Rdieneh, salah seorang penasihat kepada presiden Palestin Mahmoud Abbas, dalam satu kenyataan rasmi berkata, tekanan terhadap Israel akan diteruskan sehingga ia menerima penyertaan rakyat kami dalam pilihan raya di Baitulmaqdis.
“Presiden Mahmoud Abbas dan kepemimpinan Palestin bertegas bahawa tidak ada pilihan raya tanpa pelaksanaan pilihan raya di Baitulmaqdis Timur, tidak kira apa juga tekanan yang akan berlaku di pihak Palestin,” kata Abu Rdeineh.
Beliau mengkritik gesaan Pergerakan Hamas yang sebelum ini mendesak Abbas mengeluarkan dekri presiden bagi menetapkan tarikh pilihan raya sebelum mendapat kebenaran Israel bagi membenarkan penduduk Palestin di Baitulmaqdis Timur menyertai pengundian itu.