103 mangsa kebakaran di KK hilang tempat tinggal

103 mangsa kebakaran di KK hilang tempat tinggal

5 rumah separuh kekal musnah dalam kebakaran di Kampung Sembulan Baru semalam.

(Gambar Bomba)
KOTA KINABALU:
Seramai 103 mangsa daripada 22 keluarga hilang tempat tinggal selepas 5 rumah separuh kekal musnah dalam kebakaran di Kampung Sembulan Baru semalam.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Sabah dalam kenyataan memaklumkan jumlah itu termasuk 14 mangsa bukan warganegara dan kini ditempatkan di Dewan Sembulan.

Terdahulu Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah melaporkan kebakaran itu berlaku kira-kira 11.32 malam.

Dalam kejadian itu 4 motosikal juga turut musnah.

Operasi pemadaman api melibatkan 35 anggota sebelum operasi ditamatkan pada 1.20 pagi.

Tiada kemalangan jiwa dan kecederaan manakala jumlah kerugian serta punca kejadian masih dalam siasatan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.