
Bayangkan, anda sudah membayar tiket untuk menonton wayang dengan skrin HD dilengkapi sistem suara yang terbaik.
Tetapi ada masalah yang sering berlaku di panggung wayang biasa iaitu anda akan menonton wayang dengan orang yang kadang-kala mengganggu ketenangan anda ketika menonton wayang.
Bagi menyelesaikan masalah ini, anda boleh menonton wayang dengan lebih privasi di tempat yang mungkin anda tidak pernah tahu sebelum ini iaitu Amenic Film Space.
Terletak di Damansara Kim, ia baru sahaja dibuka bagi memberi peluang kepada anda menikmati filem-filem yang boleh anda tontoni.
Amenic Film Space dilengkapi dengan “beanbag” serta selimut yang pasti membuatkan anda berasa selesa ketika duduk menonton wayang.
Tiada gangguan, hanya anda dan teman anda sahaja di dalam panggung privasi Amenic Film Space. Menarik bukan?

Amenic Film Space mempunyai dua jenis panggung yang disediakan iaitu “Cozy Space” dan the “Binge Space”.
“Cozy Space” ruangnya lebih kecil, mampu memuatkan seorang sehingga empat orang sahaja dengan harga RM18 sehingga RM22.
Sementara “Binge Space” mampu memuatkan sehingga 12 orang dengan lingkungan harga RM9 sehingga RM12 setiap tiket.
Terdapat 150 pilihan filem yang ada dan anda boleh pilih filem yang ingin ditonton.
Sambil anda menonton wayang, santaikan diri anda dengan Eureka Popcorn dan minuman berkarbonat, namun jika anda ingin makanan yang lebih berat, nikmatinya di Lat Tali Lat Café.
Jika anda tidak mahu menonton wayang di situ, terdapat kemudahan lain yang juga anda boleh gunakan seperti tempat untuk mengadakan perbincangan dalam bentuk kumpulan, makan tengahari, makan malam bersama atau bermain video permainan bersama rakan-rakan.

Walaupun ruangnya kecil namun pelbagai aktiviti anda boleh lakukan lebih dari apa yang anda jangkakan.
Waktu operasi : Isnin jam 3 petang sehingga 10 malam, Rabu sehingga Jumaat jam 4 petang sehingga 10 malam, Sabtu jam 1 tengahari sehingga 10 malam, dan Ahad jam 1 tengahari sehingga 7.30 malam.
Alamat: 73A, Jalan SS20/11, Damansara Kim, Petaling Jaya, Malaysia
Laman web : AMENIC Film Space
Nombor telefon : 03-7497 4172
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]