
Pengumuman itu hadir selepas pihak tentera pada minggu lalu melahirkan rasa kesal kerana membunuh orang awam yang tidak bersenjata dan menyatakan ia merupakan kes salah identiti di wilayah bergolak tersebut.
Thailand yang majoriti penduduknya penganut Buddha terperangkap dalam konflik meruncing di bahagian selatan negara itu dengan pemberontak Melayu-Islam selama 15 memberontak supaya diberikan lebih autonomi.
Lebih daripada 7,000 orang terbunuh, kebanyakannya penduduk awam daripada kedua-dua agama.
Kes-kes mengenai konflik itu jarang disiasat, namun pada Isnin lalu, 2 anggota tentera menyerah diri kepada pihak berkuasa selepas insiden pembunuhan tersebut, kata ketua polis wilayah selatan Narathiwat.
Mejar Jeneral Narin Boosaman memberitahu AFP, kedua-dua mereka didakwa dengan pembunuhan tetapi dibebaskan dengan ikat jamin sementara kes disiasat.
“Kami akan melihat kes ini daripada kedua-dua belah pihak supaya semua dilayan dengan adil,” katanya.
Mayat ketiga-tiga mangsa diambil dari kawasan pergunungan, yang dipercayai menjadi lokasi persembunyian pemberontak kerana keadaan hutan yang tebal.
Ia memberi petanda supaya penduduk kampung tidak ke sana kerana khuatir disalah ertikan pihak tentera, kata pemantau hak asasi.
Kumpulan itu berkata kes itu tidak pernah berlaku sebelum ini di mana anggota tentera didakwa.
“Sekarang ada sedikit harapan untuk keadilan, tetapi masih jauh,” kata penyelidik kanan Thailand, Sunai Phasuk.
“Kami tidak tahu berapa banyak tentera yang terlibat dalam tembakan (di wialayan selatan Thailand).”
Pendakwaan itu hadir selepas beberapa bulan seorang lelaki Islam, Abdulloh Esormusor dilaporkan koma setelah disoal siasat di sebuah pusat tahanan.
Beberapa ketika selepas kematian Abdulloh pada Ogos, tercetus bantahan supaya meneliti dan mengawasi tindakan pihak ketenteraan dalam konflik yang jarang menjadi berita utama.