
Setiap tahun pesanan Hari Natal Ratu Elizabeth II amat dinanti-nanti oleh masyarakat seluruh dunia.
Saluran television dan radio British Broadcasting Corporation (BBC) pasti menyiarkan pesanan Hari Natal (Christmas Message), lengkap dengan komentar dari wartawan yang khusus melapor perkembangan kerabat diraja England.
Ucapan untuk tahun ini sudah dirakam dari Windsor Castle di Berkshire, England dan sudah mendapat liputan meluas – walaupun hanya akan disiarkan pada Hari Krismas, 25 Disember pada 11 malam waktu Malaysia.
BBC sudah melaporkan bahawa Ratu Elizabeth pasti akan menyifatkan laluan bagi tahun 2019 sebagai penuh dengan pelbagai dugaan.
Tambah BBC, tahun 2019 pasti akan terpahat di minda perbalahan berkaitan isu Brexit.
Perit bagi kerabat pula timbul ekoran pelbagai peristiwa yang melibatkan keluarga diraja sendiri.
Suaminya, the Duke of Edinburgh Prince Philip, 98 baru keluar dari hospital selepas menjalani rawatan selama empat hari.
Pada Januari, Prince Philip yang terlibat dalam kemalangan sewaktu memandu berhampiran Estet Sandringham di Norfolk. Prince Philip yang memandu sendiri (walaupun terdapat undang-undang yang melarang warga yang hampir berumur 100 tahun dari memandu) tidak mengalami kecederaan. Dua wanita orang awam tidak begitu bernasib baik – mereka terpaksa diberi rawatan hospital akibat kemalangan yang melibatkan Prince Philip.
Namun bagi peminat dan penyokong kerabat di raja England, kad Krismas Meghan, Harry bersama putera sulung mereka Archie bertiga menjadi hadiah hari Natal paling dihargai.
Archie Harrison Mountbatten-Windsor atau Archie yang dilahirkan pada bulan Mei lalu menjadi penyeri kepada kad tersebut.
Dalam kad hitam putih tersebut kelihatan Archie yang berusia tujuh bulan merangkak ke arah kamera sementara ibu bapanya yang juga Duke dan Duchess of Sussex memerhati sambil tersenyum di belakang anak mereka.
Salinan kad tertera ucapan ‘Merry Christmas and a happy new year… from our family to yours’ itu dihantar kepada ahli keluarga terdekat sementara rakan-rakan menerimanya menerusi kiriman emel semalam.
Harry dan isterinya turut berkongsi gambar kad tersebut di akaun Twitter Queen’s Commonwealth Trust.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]