
Wanita dan kasut sememangnya tidak dapat dipisahkan.
Ini kerana salah satu fesyen yang wajib dipadankan ialah kasut itu sendiri.
Tidak kiralah ia kasut bertumit tinggi atau “wedges” atau kasut sukan.
Namun tidak dinafikan dalam keghairahan untuk mencipta pelbagai jenis reka bentuk fesyen hinggakan ada yang dilihat agak unik dan pelik.
Ia termasuklah sebuah jenama terkenal Itali, Bottega Veneta yang baru-baru ini melancarkan fesyen kasut bertumit tinggi yang kelihatan seperti “mee segera”.

Jenama Bottega Veneta yang mula wujud pada 1966 telah mula sedar betapa “pentingnya” untuk mendekati masyarakat di sekitar Asean dengan budaya mereka, iaitu mee segera.
Menurut HypeBae, kasut tumit tinggi adalah sebahagian daripada koleksi Pre-Fall 2020 yang direka oleh pemenang Anugerah Fesyen British 2019, Daniel Lee.
Difahamkan harga untuk sepasang kasut tumit tinggi ini sekurang-kurangnya RM3,000, iaitu harga purata kasut daripada jenama Itali.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]