Penjawat awam lelaki di Kelantan wajib bersongkok setiap Khamis

Penjawat awam lelaki di Kelantan wajib bersongkok setiap Khamis

Timbalan Setiausaha Kerajaan Kelantan, Tengku Azmi Tengku Jaafar berkata, langkah itu bersesuaian slogan kerajaan negeri 'Membangun Bersama Islam'.

Arahan untuk penjawat awam lelaki bersongkok ketika bertugas di pejabat setiap Khamis berkuat kuasa serta-merta. (Gambar Bernama)
KOTA BHARU:
Semua 5,000 penjawat awam lelaki di Kelantan wajib memakai songkok ketika bertugas di pejabat setiap Khamis, berkuat kuasa serta-merta.

Ketetapan itu dibuat menerusi satu notis arahan pentadbiran setiausaha kerajaan Kelantan yang dikeluarkan pada 19 Dis lalu dan ditandatangani Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Tengku Azmi Tengku Jaafar.

Katanya, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri kali ke-23 di bawah Perkara Lain (11) yang bersidang pada 6 Nov lalu bersetuju dengan keputusan supaya penjawat awam lelaki di Kelantan memakai songkok ketika bekerja setiap Khamis.

Beliau ketika dihubungi hari ini berkata, arahan itu membabitkan penjawat awam negeri, termasuk kakitangan pentadbiran di Kota Darul Naim dan pejabat kerajaan tempatan.

Katanya, langkah itu juga bersesuaian slogan kerajaan Kelantan “Membangun Bersama Islam”.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.