
Setiap orang mengimpikan percutian yang menarik seperti Maldives, bercuti di atas air dengan pemandangan yang cantik dan menenangkan.
Namun apabila mengambil kira segala kos yang perlu disediakan, ia secara tidak langsung menyekat niat seseorang untuk pergi bercuti kerana kosnya terlalu tinggi.
Bagaimanapun anda jangan risau kerana pemandangan yang lebih kurang sama boleh diperolehinya ketika bercuti di Lexis Hibiscus Port Dickson.
Kedudukannya di atas air memberi kelainan seolah-olah percutian di atas sekuntum bunga raya mekar di Selat Melaka.
Malah di sini anda akan perolehi dua pemandangan berbeza pada waktu siang dan juga malam.

Tatkala senja, cahaya lampu menampakkan keunikan bentuk hotel terapung yang semakin menjadi buah mulut bukan saja pelancong dalam negara, tetapi dari seluruh pelosok dunia.
Lexis Hibiscus menawarkan 639 “pool villa” dengan tujuh jenis pilihan bilik iaitu Executive Pool Villa, Premium Pool Villa, Panorama Pool Villa, Imperial Suite dan Presidential Suite.
Kesemua “pool villa” ini dibina mengikut bentuk bunga raya di atas air, sementara Sky Pool Villa dan Royal Suite terletak di bangunan utama.

Ketujuh-tujuh jenis “pool villa” ini menggunakan konsep kontemporari di mana hiasan setiap biliknya dilengkapi dengan perabot moden serta beberapa kemudahan lain yang memberikan penginapan santai kepada pengunjung.
Malah yang akan membuatkan anda teruja apabila terdapat dua katil bersaiz “king”, kolam renang dan sauna di dalam setiap bilik.
Ini bermakna anda akan mempunyai privasi sendiri untuk mandi-manda dan bersauna selama mana yang anda suka!

Panel lantai gelas yang diletakkan pada setiap bilik turut membolehkan anda dan keluarga melihat laut yang berada di bawah bilik, pastinya memberi suatu kelainan pada anda.
Bagi santapan pula, terdapat beberapa konsep makanan yang anda boleh pilih, iaitu Roselle Coffee House iaitu makanan bercirikan moden, serta Restoran Jepun UMI, sesuai bagi mereka yang menggemari makanan Jepun.
Namun terdapat tiga lagi restoran yang anda boleh mencubanya iaitu Yuan Chinese Cuisine, Coralz Bistro dan Sky Lite Bar.
Untuk menambah keselesaan anda ketika bercuti, manjakan diri di Lex Spa yang disediakan, ia lebih kepada ciri moden dan membantu anda menghilangkan stress dengan terapi yang disediakan.

Bagi kanak-kanak pula, Kidz World merupakan hiburan buat si kecil untuk berseronok serta menghabiskan masa dengan pelbagai permainan yang disediakan di tingkat dua bangunan utama.
Di sebelah petang, anda perlu mencuba aktiviti laut yang disediakan Lexis Hibiscus, iaitu Water Jpark.
Anda perlu berjalan kira-kira 200 meter di Hibiscus Walk dan akan sampai ke kawasan yang mempunyai pelbagai aktiviti sukan seperti Super Slider iaitu gelongsor dengan ketinggian lapan meter dan 42 meter panjang.

Selain itu, terdapat juga permainan lain yang menguji minda serta fizikal anda seperti Spinner, Iceberg, Mini Slider dan Paddle Board.
Bagi kanak-kanak pula, terdapat lebih 10 permainan air di tepi pantai menanti mereka seperti Roller Ball, Water Ball serta pelambung itik, tiram, dan unicorn.
Jika anda inginkan Spa dengan cara yang lebih santai, anda boleh juga melakukannya di Water Jpark, kemudian boleh terus menjamu selera di gerai yang dibuka sehingga jam 11 malam dengan menu seperti Char Koay Teow, asam laksa, sate, makanan laut, dan roti canai.
Di sebelah malam pula, berikan layanan terbaik buat diri anda dengan menjadikan “live band” sebagai penyedap halwa telinga anda.
Sambil menikmati sajian makanan yang disediakan, anda pasti merasakan percutian ini sangat berbaloi dengan harga yang ditawarkan.

Antara kemudahan lain yang turut disediakan adalah pusat karaoke, dewan seminar, “candle light dinner” di Lighthouse Club, serta Hibiscus Heliport yang memberikan anda pengalaman menarik menaiki helikopter untuk melihat kemegahan Lexis Hibiscus berbentuk bunga raya kebangsaan di atas air.
Namun jika anda ingin merasai layanan yang lebih istimewa, anda boleh menempah “pool villa” jenis Panorama Villa, Imperial Suite atau Presidential Suite dan “check-in” dibuat di Lighthouse Club.
Anda hanya perlu menaiki “buggy” dan pergi ke “Lighthouse Club” kemudian tunggu pelayan Lexis Hibiscus datang kepada anda dan memberi sedikit keterangan serta penyerahan kunci.

Dalam masa yang sama anda akan diberi “welcome drink” serta sarapan pagi dan makan malam di Lighthouse Club yang boleh dianggap eksklusif tanpa bercampur dengan pengunjung yang lain.
Di sini sememangnya anda akan dilayan seperti “raja”.
Lexis Hibiscus Port Dickson menawarkan dua baucar secara percuma untuk dimenangi pembaca FMT Ohsem di mana setiap baucernya bernilai RM1,400.
Sila layari laman sosial Facebook FMT Ohsem serta di laman sosial Instagram bagi menjawab soalan yang disediakan.
1. Berapakah jenis bilik yang terdapat di Lexis Hibiscus Port Dickson dan namakan dua di antaranya.
2. Namakan tiga kemudahan yang terdapat di Lexis Hibiscus.
3. Percutian di Lexis Hibiscus memberi 1001 pengalaman yang menarik kerana…..
Tarikh tutup penyertaan adalah 7 Januari 2020.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]