Pembunuhan Khashoggi, 5 dijatuhi hukuman mati

Pembunuhan Khashoggi, 5 dijatuhi hukuman mati

Bekas penasihat diraja, Saud al-Qahtani dan bekas konsul Arab Saudi di Istanbul, Mohammed al-Oteibi tidak didakwa.

Jamal Khashoggi dibunuh di bangunan konsul Arab Saudi di Istanbul, Turki pada 2 Okt 2018. Mayatnya sehingga kini belum ditemui. (Gambar AFP)
RIYADH:
Sebuah mahkamah di Arab Saudi menjatuhkan hukuman mati ke atas 5 orang kerana terbabit dalam pembunuhan pemberita terkemuka, Jamal Khashoggi, lapor agensi berita Anadolu, memetik pendakwa raya negara itu pada Isnin.

Bercakap kepada pemberita pada sidang akhbar Saud bin Abdullah Al-Muajab berkata, bekas penasihat diraja, Saud al-Qahtani dan bekas konsul di Istanbul, Mohammed al-Oteibi tidak didakwa dalam kes pembunuhan itu.

Khashoggi, kolumnis untuk akhbar The Washington Post dan mempunyai kerakyatan Amerika Syarikat, dibunuh di bangunan konsul Saudi di Istanbul, Turki pada 2 Okt 2018. Mayatnya sehingga kini belum ditemui.

Dalam rumusan penyiasat khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Agnes Callamerd, menyatakan, ia adalah pembunuhan sengaja dan dirancang selain mengesyorkan supaya Putera Mahkota Saudi, Putera Mohammad bin Salman disiasat.

Pegawai Saudi menyalahkan anggota keselamatan yang ingkar melakukan pembunuhan itu sambil menegaskan, Putera Mahkota itu tidak terbabit.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.