Wanita lamar lelaki dengan geran rumah dan kunci kereta BMW

Wanita lamar lelaki dengan geran rumah dan kunci kereta BMW

Kisah wanita melamar teman lelakinya dengan memberi geran rumah dan kunci kereta BMW menjadi buah mulut orang ramai dan kisahnya tular di media sosial.

Benar orang kata, jangan berani bercinta jika tidak mempunyai wang yang banyak.

Ini kerana mentaliti pada zaman kini sudah berubah, semua wanita lebih banyak mengejar harta benda kerana inginkan kesenangan dan tidak mahu hidup susah.

Namun pemikiran ini bukan pada semua wanita kerana masih ada yang sanggup untuk sehidup semati bersama pasangan daripada memilih kebahagiaan dengan jalan yang singkat.

Bagaimanapun, perkara sebaliknya berlaku apabila seorang wanita di China melamar teman lelakinya dengan sejambak bunga, geran rumah dan kunci kereta BMW.

Kisah ini tular di media sosial dan menjadi “buah mulut” orang ramai dengan menyatakan yang lelaki tersebut beruntung mendapat pasangan seperti teman wanitanya itu.

Menurut asiaone.com, lamaran romantik itu dilakukan ketika sambutan ulang tahun pertama hubungan pasangan itu pada 11 Disember lalu di sebuah pameran kebudayaan di Henan.

Wanita tersebut Xiaojing, 24, pada mulanya merancang untuk melamar kekasihnya, Xiaoke di lokasi sama di mana lelaki itu pertama kali mengajaknya keluar.

Pada hari tersebut, wanita itu meminta Xiaoke mengambil barang di dewan pameran yang telah dihias dengan belon.

“Saya sediakan semua ini. Ini adalah kereta dan geran rumah. Saya tidak kisah jika anda tidak ada semua ini. Saya masih mahu bersama anda. Sudikah mengahwini saya?” kata Xiaojing yang turut memakai gaun pengantin sambil menyerahkan jambangan bunga kepada kekasihnya.

“Ini sesuatu yang saya tak jangka. Ya, saya sudi,” kata Xiaoke dalam keadaan masih terkejut.

Ketika menjelaskan tentang keputusannya untuk melamar teman lelakinya, Xiaojing yang bekerja dalam bidang rekaan berkata, kekasihnya banyak berkorban untuk dirinya dan dia sanggup melakukan semua itu demi Xiaoke.

Difahamkan, keluarga wanita itu membantunya membuat persiapan lamaran itu termasuk menaja rumah dan kereta BMW terbabit.

Menurutnya, wang bukan perkara yang penting kepadanya.

“Apa yang saya mahukan hanya rasa cinta. Saya tidak rasa orang lelaki perlu sediakan segala-galanya (rumah dan kereta) dalam perhubungan. Saya mahu dia memberi tumpuan dan menjaga perkahwinan kami,” ujar Xiaojing lagi.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.