
Jurucakap pusat gerakan operasi bomba Pulau Pinang berkata mangsa dibawa turun menaiki pacuan 4 roda ke Taman Botani sebelum dibawa menggunakan bas ke stesen bawah Bukit Bendera untuk mereka mengambil kenderaan dan pulang ke destinasi masing-masing.
“Secara keseluruhannya seramai 966 pengunjung terjejas membabitkan 793 orang di stesen atas yang tidak boleh turun selepas keretapi funikular itu terkandas di stesen tengah yang mana ketika itu seramai 173 lagi berada di stesen tengah tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, operasi membawa turun pengunjung yang terjejas bermula 8.30 malam dan tamat sepenuhnya kira-kira 1.03 pagi. Semua mereka berada dalam keadaan selamat.
Semalam Perbadanan Bukit Bendera (PHC) dalam kenyataan berkata keretapi funikular tersebut tergendala akibat masalah kerosakan sistem.