
Perdana menteri berkata Israel seharusnya berdepan pengadilan berikutan kekejaman yang dilakukan terhadap rakyat Palestin.
“Israel harus dibicarakan oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) kerana membunuh orang, kerana mencuri wilayah orang lain, kerana membina penempatan di tanah orang lain. Semua ini adalah jenayah, ” kata beliau pada sidang akhbar hari terakhir Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019 hari ini.
Perdana menteri ditanya mengenai laporan ICC bersedia untuk menyiasat jenayah perang yang didakwa berlaku di wilayah Palestin.
Mahathir berkata Israel menahan kapal misi kemanusiaan yang disertai warga Malaysia di perairan antarabangsa.