Trump mahu pembebasan segera di Senat

Trump mahu pembebasan segera di Senat

Presiden Amerika Syarikat itu juga menggesa Demokrat tidak berlengah-lengah menghantar kertas pendakwaannya ke Senat.

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump. (Gambar AFP)
WASHINGTON:
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menekan sekutunya dalam Republikan supaya sedaya upaya “mengawal” perbicaraannya di Senat dan memastikan pembebasannya dengan segera.

Trump berdepan kemungkinan dipecat selepas undian yang dibuat di Dewan Perwakilan semalam yang majoritinya daripada parti Demokrat, tidak berpihak kepadanya.

Menerusi undian 230-197 itu, presiden AS ke-45 tersebut yang berdepan 2 pendakwaan iaitu penyalahgunaan kuasa dan menghalang Kongres, akan dibicarakan di Senat yang majoritinya daripada parti Republikan, dijangka pada minggu ke-2 Januari depan.

Demokrat bagaimanapun mengancam menangguhkan penghantaran kertas pendakwaan ke Senat, sehingga mereka yakin proses di sana nanti dijalankan dengan adil.

“Saya berdepan pendakwaan tanpa 1 undi daripada Republikan dengan Demokrat meneruskan pendakwaan paling tidak adil dalam sejarah Amerika,” kata Trump menerusi Tweeter.

“Sekarang `parti yang tidak melakukan apa-apa ini’ (Demokrat) `tidak mahu berbuat apa-apa’ terhadap kertas pendakwaan dan tidak menghantarnya ke Senat, ini masa untuk Senat!”

Trump, presiden ke-3 dalam sejarah AS yang didakwa, mengatakan Demokrat akan “kalah kerana ingkar” jika mereka memutuskan tidak muncul pada tarikh yang ditentukan oleh Senat.

Dengan lulusnya kedua-dua kertas pendakwaan di dewan yang dikuasai Demokrat, ia kemudian akan diserahkan kepada Senat untuk perbicaraan, di mana Parti Republikan dijangka membebaskan Trump daripada kesalahan salah laku. Majoriti 2/3 diperlukan untuk memecat Trump.

Sebelum ini, Dewan Perwakilan AS pernah mengundi sebanyak 2 kali untuk artikel pemecatan terhadap presiden. Presiden Andrew Johnson (1868) dan Bill Clinton (1998) dibebaskan dalam perbicaraan Senat manakala Trump muncul presiden ke-3 akan dibicarakan.

Sementara itu, Richard Nixon meletak jawatan dari tahun 1974 untuk mengelakkan penyingkirannya akibat skandal Watergate.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.