Tentera laut sahkan 2 pegawai dijangkiti Influenza A, keadaan terkawal

Tentera laut sahkan 2 pegawai dijangkiti Influenza A, keadaan terkawal

Warga tentera laut melaksanakan rutin seperti biasa, kata cawangan komunikasi strategik.

KUALA LUMPUR: Tentera laut mengesahkan 2 pegawainya yang bertugas di pangkalan Lumut, Perak dijangkiti penyakit Influenza A (H1N1).

Cawangan Komunikasi Strategik Markas Tentera Laut Diraja Malaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan keadaan itu bermula awal bulan ini selepas mereka pulang daripada bercuti di Johor.

“Setakat ini keadaan terkawal dan warga tentera laut melaksanakan rutin kerja seperti biasa, sehubungan itu masyarakat awam yang berurusan di pangkalan Lumut tidak perlu khuatir,” menurut kenyataan itu.

Pengurusan tertinggi tentera laut sentiasa melaksanakan pemantauan dan pemeriksaan terhadap warganya dari semasa ke semasa melalui kerjasama Hospital Angkatan Tentera Lumut (HAT 96), dan Pejabat Kesihatan Daerah Manjung.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.