
Menurut laporan Stedfeed, pelajar Universiti King Faisal di Hofuf itu dikatakan menaikkan skor 19 pelajar menjadi 199 mata selepas berjaya menggodam sistem tersebut.
Pendakwa raya mencadangkan hukuman penjara 4 tahun dan denda 3 juta riyal (RM3.3 juta) terhadapnya.
Perbuatannya disedari pegawai universiti selepas mereka melihat perubahan data pelajar yang disimpan di sistem komputer universiti yang mendorong penubuhan jawatankuasa bagi menyiasat salah laku tersebut.
Ketika disiasat, suspek berkata dia hanya mahu membantu rakan sekuliahnya dan tidak berniat menimbulkan sebarang bahaya.
Empat pelajar yang mengalami kenaikan gred turut disiasat pihak universiti, termasuk seorang pelajar wanita yang mengesahkan suspek pernah menghubunginya.
Katanya, menghantar kepada kepadanya mengatakan dia boleh mengubah grednya dalam beberapa kursus dengan syarat dia memberikan ID pelajar dan kata laluan.
Seorang lagi pelajar yang disiasat berkata suspek mengakses akaunnya dan mengubah gred tanpa pengetahuannya.
Suspek mengakui dia dapat mengakses sistem universiti itu dari lokasi yang dekat dengan kampus. Dia kemudiannya berhubung dengan Wi-Fi bangunan dan mengakses data pelajar menggunakan ID dan kata laluan kakitangan.
Katanya, dia memusnahkan komputer riba yang digunakan untuk menggodam akaun dengan membakar dan membuangnya berhampiran lebuh raya di wilayah Al Hofuf.