
“Kami akan memaklumkan kepada semua pihak berkaitan sebaik sahaja isu ini diselesaikan,” kata Bursa Malaysia Information Services dalam satu nota kepada vendor maklumatnya.
Pada 4.45 petang, FBM KLCI berada pada 1,596.01, turun 3.1 mata.
Pengendali pasaran saham Bursa Malaysia Bhd itu berkata pasaran sekuriti tidak akan dibuka semula untuk dagangan pada hari ini.
“Harga dagangan terakhir akan digunakan sebagai harga rujukan,” kata pengendali bursa itu.