
Menerima undian 86 berbalas 8, rang undang-undang yang telah diluluskan kemudian dihantar kepada Presiden Donald Trump untuk ditandatangani.
Rang undang-undang itu mengandungi langkah-langkah tambahan yang antara lain menyasarkan Turki termasuk larangan memindahkan pesawat tempur generasi ke-5 F-35 atau sebahagiannya ke negara itu ekoran langkah Ankara membeli sistem pertahanan udara S-400 dari Rusia, serta menggesa Trump melaksanakan sekatan ke atas negara tersebut.
Kelulusan itu juga membolehkan Pentagon menerima peruntukan kira-kira AS$30 juta untuk membeli pesawat F-35 yang pada awalnya dibeli oleh Turki.
Tindakan Turki membeli sistem pertahanan udara Rusia mendorong pentadbiran Trump menyingkirkan negara itu daripada program F-35 pada Julai lalu. AS mendakwa sistem itu boleh digunakan Rusia untuk mengintip dan tidak sesuai dengan sistem NATO.
Turki, menegaskan S-400 tidak akan disatukan ke dalam sistem NATO dan tidak menjadi ancaman kepada pakatan kedua-dua negara.
Di samping itu rang undang-undang berkenaan terus mengenakan sekatan senjata terhadap Cyprus selatan dan ke atas kapal yang digunakan untuk membina saluran paip Turkstream dan Nord Stream 2.
Turki mengkritik tindakan AS yang menyingkirkannya dari program F-35 kerana pembelian sistem pertahanan udara S-400 Rusia.
“Kami tegaskan sekali lagi ancaman dan sekatan sama sekali tidak akan menghalang Turki untuk bertindak demi memastikan keselamatan negara,” kata Kementerian Luar Negeri Turki dalam kenyataan.