Petua mudah buat perangkap lipas dalam kereta hanya dengan 3 bahan

Petua mudah buat perangkap lipas dalam kereta hanya dengan 3 bahan

Hanya dengan majerin, minyak masak dan susu pekat manis akan memerangkap sekaligus menghapuskan lipas dalam kereta.

Lipas sememangnya satu haiwan yang paling ditakuti atau geli bagi sesetengah orang.

Habitatnya yang sememangnya suka merayap membuatkan semua orang melihat ia sebagai haiwan yang kotor.

Dan antara tempat paling banyak lipas sudah tentu dalam kereta memandangkan sisa-sisa makanan jika tidak dibersihkan akan membuatkan lipas mula membiak di dalamnya.

Jadi jika diikutkan banyak petua perangkap lipas dalam kereta yang boleh anda gunakan.

Salah satu perangkap lipas dalam kereta yang dikongsikan netizen adalah menggunakan bahan mudah dari dapur.

Jangan ingat kereta anda nampak bersih, ia bebas daripada kehadiran lipas.

Mungkin anda tidak perasan ada sisa-sisa makanan terjatuh sehingga mengundang lipas bertapa dalam kereta anda.

Oleh itu untuk pastikan kereta anda betul-betul bebas daripada lipas, anda boleh cuba petua ini.

Semoga petua ini berjaya mengatasi masalah lipas dalam kereta anda. Selamat mencuba!

Bahan-bahannya:

1. Marjerin

2. Minyak masak

3. Susu pekat manis

Cara-caranya:

Simpan dalam kereta semalaman dan anda pasti terkejut dengan hasilnya apabila mendapati hampir kesemua lipas akan masuk dalam perangkap yang anda buat itu.

Ini kerana majerin bertindak menarik lipas untuk makan kemudian susu pekat manis secara tidak langsung akan memerangkap lipas itu daripada lari ke tempat lain.

Begitu juga dengan minyak masak yang akan melemaskan lipas dan seterusnya mati.

Selamat mencuba!

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.