Cawangan tertua Cold Storage ditutup akhir bulan

Cawangan tertua Cold Storage ditutup akhir bulan

Kakitangan Cold Storage dilaporkan berkata, ia memulakan jualan penutupan pada Sabtu lalu dengan semua barang hampir dijual pada 5 petang hari sama.

Cold Storage bertempat di pusat beli-belah Jaya Supermarket yang dibina pada 1974.
PETALING JAYA:
Cawangan Cold Storage di Seksyen 14 yang merupakan pasar raya tertua di sini akan ditutup akhir bulan ini, lapor The Edge.

Kakitangan Cold Storage dipetik akhbar kewangan itu berkata, ia memulakan jualan penutupan pada Sabtu lalu dengan hampir semua barang habis dijual pada 5 petang hari sama.

Cold Storage bertempat di pusat beli-belah Jaya Supermarket yang dibina pada 1974, pernah menjadi mercu tanda di sini. Difahamkan, cawangan itu dibuka sebelum 1980.

Cold Storage terletak di bawah GCH Retail (M) Sdn Bhd yang turut mengendalikan pasar raya Giant, Mercato dan peruncit gourmet Jason’s Food Hall.

GCH ialah perkongsian 70-30 antara Dairy Farm International Holdings Ltd yang berpangkalan di Hong Kong dan Syarikat Pesaka Antah Sdn Bhd.

Laman web Cold Storage menyatakan ia mula beroperasi di Malaysia pada 1963 dan kini mempunyai 7 cawangan, termasuk di Seksyen 14.

The Edge melaporkan GCH yang pernah mempunyai 147 cawangan di seluruh negara, menutup 13 premisnya yang terdiri daripada cawangan Giant dan Cold Storage tahun ini.

“Hari ini, ia mempunyai kurang daripada 100 pasar raya dan pasar raya besar,” lapor akhbar itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.