
Beliau berkata 2 pekerja yang cedera dalam insiden itu diberi cuti.
“Kami telah mengeluarkan arahan henti kerja di tapak pembinaan dan pegawai keselamatan diarahkan untuk menjaga keselamatan tapak tersebut bagi mencegah kemalangan seterusnya,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada sambutan Krismas dan Tahun Baru di Kuching, hari ini.
Beliau berkata, kementeriannya memandang serius insiden itu, terutamanya mengenai keselamatan pekerja di semua tapak pembinaan.
Katanya, beliau mengarahkan siasatan menyeluruh dijalankan pihak berkaitan berhubung runtuhan rasuk jejambat itu.
“Kami pasti akan mengambil tindakan jika terdapat kecuaian oleh syarikat yang terlibat,” katanya.
Baru menjangkakan sedikit kelewatan dalam menyiapkan projek lebuh raya itu dan kos tambahan diperlukan untuk pembaikan yang akan dilakukan.