Barack Obama hadiri sidang kemuncak pemimpin muda di KL

Barack Obama hadiri sidang kemuncak pemimpin muda di KL

Bekas presiden AS itu kembali ke KL untuk menghadiri program anjuran Yayasan Obama.

Barack Obama bercakap pada Persidangan Pemimpin Yayasan Obama: Asia Pasifik di Kuala Lumpur hari ini.
KUALA LUMPUR:
Bekas presiden Amerika Syarikat, Barack Obama berada di Malaysia untuk menghadiri sebuah program anjuran yayasannya.

Ini adalah kunjungan ke-3 Obama ke Malaysia sejak 2014 dan beliau akan berucap di depan kira-kira 200 pemimpin muda dari rantau ini dalam Persidangan Pemimpin Yayasan Obama: Asia Pasifik.

Kali terakhir Obama ke Malaysia pada Nov 2015 untuk Sidang Kemuncak Asean ke-27.

Awal minggu ini, isterinya Michelle bersama bintang Hollywood, Julia Roberts bercakap pada sidang pleno program itu.

Tajuk perbincangan Obama hari ini ialah “Bagaimana Asia Pasifik membentuk kita”.

Sesi itu sebahagian daripada Persidangan Pemimpin yang turut merangkumi bengkel kemahiran, latihan kepimpinan dan peluang untuk berhubung dengan pemimpin daripada pelbagai bidang serta rantau berbeza.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.