Penerbangan awam mungkin dikawal 1 badan, kata laporan

Penerbangan awam mungkin dikawal 1 badan, kata laporan

Sumber mendakwa perkembangan baru itu susulan kelulusan Kabinet bagi memperkasakan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia.

CAAM bertanggungjawab mengawal aspek teknikal, penyelenggaraan dan keselamatan dalam industri penerbangan awam negara, manakala Mavcom ialah entiti bebas yang mengawal selia urusan ekonomi dan komersial.
KUALA LUMPUR:
Penerbangan awam Malaysia mungkin dikawal hanya satu badan pada masa akan datang, selepas penyatuan pengawal selia sedia ada – Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) dan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).

The Edge memetik pelbagai sumber mendakwa perkembangan baru itu susulan kelulusan Kabinet bagi memperkasa CAAM.

“Langkah itu bertujuan memperkasa CAAM dengan entiti itu kelak mengawal aspek ekonomi dan teknikal dalam industri penerbangan awam,” menurut laporan tersebut.

CAAM bertanggungjawab mengawal aspek teknikal, penyelenggaraan dan keselamatan, manakala Mavcom yang ditubuhkan pada 2016 di bawah Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015, merupakan entiti bebas yang mengawal selia urusan ekonomi dan komersial di Malaysia.

Untuk menutup Mavcom, undang-undang perlu dipinda dengan pindaan itu memerlukan kelulusan Parlimen.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.