
Katanya, ia sedang mendapatkan butiran lanjut mengenai mangsa korban daripada pihak berkuasa tempatan yang memaklumkan perkara itu kepadanya.
“Kami sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa tempatan dan akan terus mengemas kini maklumat dari masa ke masa.
“Kami ingin menggesa orang ramai menghubungi kami jika mereka mempunyai maklumat mengenai mana-mana rakyat Malaysia yang berada di tempat kejadian.
“Anda boleh menghubungi Suruhanjaya Tinggi Malaysia melalui telefon +64-43852439 / +64-210440188 (selepas waktu pejabat) atau e-mel [email protected].”
Satu letusan gunung berapi berlaku di White Island yang turut dikenali sebagai Whakaari, 48km dari North Island di New Zealand, menyebabkan asap dan abu tebal dihembus ke udara apabila sekumpulan pelancong mengunjungi pulau itu.
Sehingga kini, 8 orang dilaporkan maut dengan operasi mencari dan menyelamat masih dijalankan.