Perbicaraan mahkamah boleh diteruskan tanpa kehadiran peguam bela

Perbicaraan mahkamah boleh diteruskan tanpa kehadiran peguam bela

A Srimurugan berkata orang yang dituduh tidak mempunyai hak mutlak untuk diwakili peguam.

Perlembagaan Persekutuan memberikan tertuduh hak memiliki peguam tetapi hak itu tidak mutlak.
PETALING JAYA:
Memandangkan berlakunya penangguhan perbicaraan jenayah baru-baru ini kerana ketidakhadiran peguam bela, seorang peguam berkata orang yang dituduh tidak mempunyai hak mutlak untuk diwakili peguam.

A Srimurugan berkata paling penting adalah peguam yang dipilih dapat dan sedia mewakili tertuduh.

Beliau berkata penghakiman pada 1980 berhubung kehadiran peguam bela bahawa peruntukan Perlembagaan Persekutuan mengenai hak untuk diwakili peguam tidak menyekat kuasa mahkamah menetapkan mana-mana tarikh pendengaran.

Katanya, ia juga tidak melarang mahkamah mendengar kes tanpa kehadiran peguam, merujuk kepada penghakiman oleh Allahyarham Harun Hashim dalam kes Mohamed Abdullah lawan pendakwa raya awam pada 1980 di mana suatu penangguhan telah dicari.

“Penghakiman itu menyatakan seseorang tertuduh boleh mempunyai peguam pilihannya dengan syarat peguam itu sedia dan sanggup,” katanya kepada FMT.

Srimurugan berkata Hakim Harun mengatakan adalah tugas tertuduh untuk menghadiri perbicaraan apabila dipanggil dan apa-apa kewajipan terhadap peguam timbul disebabkan kontrak antara dirinya dan anak guamnya.

Beliau berkata peguam juga harus berhati-hati dengan Kaedah-kaedah Profesion Guaman (Amalan & Kesopanan) 1978 yang mengatakan seorang peguam tidak boleh menerima arahan melainkan dia pasti dapat mewakili anak guam pada tarikh yang diperlukan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.