Banjir Kelantan makin pulih, hanya 66 mangsa di pusat pemindahan

Banjir Kelantan makin pulih, hanya 66 mangsa di pusat pemindahan

2 PPS masih dibuka iaitu SK Bakong di Pasir Mas dengan 50 mangsa (18 keluarga) dan SK Pengkalan Kubor 2, Tumpat dengan 16 mangsa (2 keluarga).

Cuaca pagi ini di Kelantan mendung dengan sesekali hujan sederhana lebat. (Gambar Bernama )
KOTA BHARU:
Keadaan banjir di Kelantan semakin pulih dengan hanya tinggal 66 mangsa banjir daripada 20 keluarga setakat 8 pagi ini berbanding 297 orang daripada 83 buah keluarga pada petang semalam.

Berdasarkan Aplikasi InfoBencanaJKM, 2 pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Bakong di Pasir Mas dengan 50 mangsa (18 keluarga) dan SK Pengkalan Kubor 2, Tumpat dengan 16 mangsa (2 keluarga).

Maklumat dalam publicinfobanjir.water.gov.my menunjukkan paras air Sungai Golok di Rantau Panjang berada pada paras berjaga-jaga iaitu 7.75m (berjaga-jaga 7m) manakala semua sungai lain berada pada paras normal.

Cuaca pagi ini mendung dengan sesekali hujan sederhana lebat.

Setakat ini 3 mangsa terkorban akibat banjir di Kelantan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.