Sudah menjadi kelaziman apabila anda menaiki pesawat, segelas air minuman menggunakan cawan plastik kecil akan dihidangkan kepada anda.

Cawan itu kemudiannya akan dibuang dalam bekas yang disediakan.
Dalam hal ini, syarikat penerbangan Air New Zealand mengambil pendekatan di mana pihaknya memperkenalkan cawan kopi boleh dimakan dalam pesawatnya.
Menurut laporan CNN ia bertujuan bagi mengurangkan sisa sampah di dalam pesawatnya itu.
Dihasilkan oleh syarikat tempatan Twiice, ia dibuat menggunakan biscotti berperisa vanila dan bersifat kalis bocor.
Menurut syarikat tersebut, pihaknya menghidangkan lebih lapan juta cawan kopi setahun.
Maka sebab itu pihaknya mahu mengurangkan jumlah bahan buangan yang dihantar ke tapak pelupusan sampah.
Air New Zealand berkata, cawan kopi itu diuji sebagai sebahagian usahanya mencari langkah inovatif untuk menangani cabaran kemampanan.
“Cawan itu popular dalam kalangan pelanggan yang pernah menggunakannya,” kata Niki Chave dari syarikat penerbangan Air New Zealand.
Namun beberapa pengguna media sosial berkata syarikat penerbangan harus membuat perubahan lebih besar sekiranya ingin membantu alam sekitar.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]