
Presiden MGF, Rachael Lau, yang marah dengan unsur penipuan semasa pusingan kelayakan semalam dan final hari ini, mendakwa pengadilan adalah tidak masuk akal dan menyebabkan kontinjen negara kehilangan 2 pingat emas.
“Ini adalah kes yang sangat serius pada ketika ini. Kami melihat banyak ketidakadilan, ketidaksamaan dan cara mereka menilai adalah tidak masuk akal. Amy (Kwan Dict Weng) adalah pemenang emas Sukan Komanwel dan dia menjadi sasaran.
“Memang kami layak di tempat pertama dalam hampir semua acara semalam dan hari ini kami hilang dua emas… ini tidak masuk akal. Secara tradisi, kami adalah kuasa besar dalam sukan gimrama di Sukan SEA.
“Banyak penipuan berlaku dan saya berjuang untuk menuntut keadilan..,mahu permainan bersih.,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Dua gimnas negara meraih 2 pingat emas selepas kontinjen negara membuat bantahan terhadap keputusan juri selepas Izzah Azman dan Koi Sie Yan mengumpul mata sama dalam acara aparatus riben wanita.
Kedua-dua gimnas itu masing-masing meraih 15.200 mata, tetapi juri mengisytiharkan Sie Yan sebagai pemenang pingat emas, manakala Izzah di tempat kedua berdasarkan perbezaan tahap kesukaran melakukan rutin.
Dalam satu keputusan yang didakwa kem Malaysia sebagai berat sebelah, Izzah dan Amy Kwan Dict Weng masing-masing merangkul pingat perak dan gangsa manakala pingat emas dimenangi gimnas Filipina, Daniela Reggie Dela Pisa dalam acara gegulng.
Izzah mengumpul 16,500 mata, Amy Kwan 15,900 mata manakala Daniela Reggi pula mengutip 17,750 mata.
Rachel berkata, secara keseluruhan, beliau gembira dengan sumbangan 9 pingat emas oleh sukan itu, iaitu 5 dalam gimnastik artistik dan 4 dalam gimrama, sekali gus melepasi sasaran 6 emas yang ditetapkan oleh Majlis Sukan Negara (MSN).