2 ditahan dalam kes gaduh Kongres Pemuda PKR

2 ditahan dalam kes gaduh Kongres Pemuda PKR

Polis berkata, lelaki berusia 30 tahun dari Klang, Selangor dan 29 tahun dari Kuala Lumpur disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

MELAKA:
Dua lelaki ditahan bagi membantu siasatan berhubung insiden kekecohan pada Kongres Nasional Pemuda PKR di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MiTC) semalam.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Afzanizar Ahmad berkata, lelaki yang berusia 30 tahun dari Klang, Selangor dan 29 tahun dari Kuala Lumpur itu disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

“Dua cedera dalam kejadian itu, iaitu seorang luka berdarah di dahi kanan, manakala seorang lagi luka di bibir bahagian mulut bawah, kepala sebelah kanan dan belakang kepala,” katanya dalam kenyataan menerusi Whatsapp malam tadi.

Beliau berkata, 3 laporan polis diterima sehingga 8 malam Jumaat, dengan satu daripadanya dibuat bekas pengerusi tetap Pemuda PKR, Mizan Adli Mohd Nor.

Permulaan Kongres Nasional Pemuda PKR semalam dicemari kekecohan ekoran sekumpulan ahlinya tidak dibenarkan masuk ke dewan persidangan yang sudah penuh.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.