Petani cat anjing ‘celoreng’ ala harimau untuk takutkan monyet

Petani cat anjing ‘celoreng’ ala harimau untuk takutkan monyet

Monyet sering memusnahkan tanaman sawah padi menyebabkan petani di India mengecat anjingnya ala harimau untuk menghalau haiwan itu.

Seorang petani di Karnataka, India, mengecat seluruh badan anjing peliharaannya dengan “celoreng” ala harimau untuk menakutkan monyet yang sering merosakkan tanaman sawah padinya.

Daily Mail melaporkan, petani dikenali sebagai Srikant Gowda menjadi terkenal sehingga ke peringkat antarabangsa selepas dia menggunakan pewarna rambut untuk melukis bentuk belang harimau pada anjing peliharaannya yang sememangnya berwarna coklat.

Difahamkan dia mendapat idea itu empat tahun lalu semasa berkunjung ke Uttara Kannada, India.

Semasa di Bhatkal pula, dia melihat ada petani menggunakan boneka harimau.

Ia kelihatan melucukan hinggalah Gowda mencubanya sendiri.

Cara itu berhasil tetapi bukan untuk jangka panjang apabila kumpulan monyet itu menyedari “penipuan” berkenaan.

Selain mengubah anjingnya, dia turut memasang poster harimau untuk menakutkan mamalia berkenaan agar tidak menyerang tanamannya.

Bagaimanapun, menurut Gowda, mengecat tubuh anjingnya tidak memberi kesan jangka lama kerana pewarna berkenaan akan luntur selepas sebulan.

Media tempatan India melaporkan, usaha Gowda menjadi inspirasi kepada petani lain yang turut melakukan perkara sama.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.