2 syarikat antarabangsa bakal taja The Red Warriors

2 syarikat antarabangsa bakal taja The Red Warriors

2 syarikat itu yang masing-masing dalam industri minyak dan gas serta makanan dan minuman secara dasarnya bersetuju untuk menaja TRW dengan jumlah mencecah jutaan ringgit.

Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dilaporkan mendapat lesen kelab bersyarat bagi melayakkan diri untuk bersaing pada saingan Liga Premier musim depan.
KOTA BHARU:
Dua syarikat antarabangsa masing-masing dalam industri minyak dan gas serta makanan dan minuman bersetuju pada dasarnya untuk menjadi rakan penaja baru skuad The Red Warriors (TRW) bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.

Perkara tersebut dimaklumkan Pengerusi Jawatankuasa Penajaan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Ahmad Muzzakir Hamid.

Beliau berkata 2 syarikat berkenaan menunggu keputusan lesen kelab Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi pasukan Kelantan yang kini berstatus bersyarat.

“KAFA sedang berusaha untuk menyelesaikan beberapa perkara dan syarat yang ditetapkan oleh FAM bagi mendapatkan lesen penuh untuk pengurusan penajaan 2 syarikat terbabit dilakukan,” katanya kepada Bernama hari ini.

Menurut beliau, 2 syarikat itu secara dasarnya bersetuju untuk menaja TRW dengan jumlah yang mencecah jutaan ringgit dan berharap urusan berkaitan penajaan itu akan berjalan lancar.

Sebelum ini, Kafa dilaporkan mendapat lesen kelab bersyarat bagi melayakkan diri untuk bersaing pada saingan Liga Premier musim depan.

Antara syarat yang perlu dipenuhi oleh persatuan itu ialah perlu membayar tunggakan gaji bekas pemain dan agensi kerajaan.

Dalam pada itu, Muzzakir berkata lesen kelab berstatus bersyarat serta keadaan ekonomi semasa sedikit merencatkan usaha Kafa untuk mendapatkan penaja untuk pasukan TRW.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.