Kejam… Dulu makan daging kini bulu kucing pula jadi industri baju

Kejam… Dulu makan daging kini bulu kucing pula jadi industri baju

Persatuan Haiwan Malaysia membantah sekeras-kerasnya industri baju bulu kucing yang diklasifikasikan sebagai hina jika dilakukan di Malaysia.

Kucing dan anjing merupakan binatang yang seharusnya dibelai dan disayangi bukannya untuk disakiti.

Tapi ada sesetengah pihak atau negara sanggup untuk menganiaya binatang comel ini.

Jika sebelum ini daging kucing menjadi hidangan kini bulu kucing pula menjadi rebutan untuk dijadikan baju.

Peliknya tergamak mereka untuk membunuh kucing semata-mata mahukan bulunya!

Namun, itulah yang betul-betul berlaku menurut kenyataan oleh Persatuan Haiwan Malaysia menerusi postingnya di Facebook baru-baru ini.

China dan Vietnam mengembangkan perniagaan berasaskan kucing

Dalam posting tersebut, dilaporkan China dan Vietnam sedang giat mengembangkan industri berasaskan kucing.

Tidak cukup industri makanan daging kucing. Kini industri kostum baju dan kulit bulu kucing mula diperkenalkan.

Sehubungan itu Persatuan Haiwan Malaysia membantah sekeras-kerasnya industri yang diklasifikasikan sebagai hina ini jika ia dilakukan di Malaysia.

Ini kerana sebagai haiwan peneman tidak sesuai ia dijadikan bahan industri komersil yang menjurus kepada kezaliman.

Menzalimi haiwan adalah satu kesalahan

Kucing mahupun anjing tergolong sebagai haiwan domestik atau peliharaan di mana ia tidak sepatutnya diperlakukan dengan kejam, apatah lagi dijadikan sebagai makanan atau pakaian.

Menurut laman web rasmi Jabatan Veterinar, di Malaysia, terdapat akta yang dikuatkuasakan bagi melindungi haiwan di mana perbuatan menzalimi haiwan apabila disabitkan oleh Mahkamah boleh dikenakan denda RM50,000 atau penjara untuk tempoh satu tahun atau kedua-duanya sekali.

Malah di peringkat antarabangsa juga, tentunya terdapat undang-undang terpakai yang melindungi hak haiwan yang diperlakukan dengan kejam ini.

Namun bagi sesetengah daerah di dunia seperti di Yulin, China terutamanya ia sesuatu yang biasa dilakukan oleh mereka.

Menurut laporan BBC pada tahun 2017, setiap bulan Jun akan berlangsung Pesta Makan Anjing dan Kucing di mana lebih 10,000 haiwan akan dikumpulkan dan disembelih untuk dimakan.

Selain China, antara negara lain yang masih mengamalkan amalan memakan haiwan seperti anjing dan kucing termasuklah Taiwan, Vietnam, Thailand dan Korea Selatan.

Tindakan ini juga dikutuk oleh Persatuan Haiwan secara global kerana memperlakukan haiwan ini sedemikian.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.