Ringgit dibuka rendah akibat harga minyak

Ringgit dibuka rendah akibat harga minyak

Peniaga berkata, kemerosotan harga minyak global menjejaskan sentimen belian terhadap unit tempatan dan ini akan memberi impak kepada hasil minyak dan gas negara.

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS hari ini berikutan permintaan berkurangan terhadap unit tempatan, susulan sentimen pasaran terhadap ringgit yang lemah disebabkan harga minyak global rendah.

Pada 9.41 pagi tadi, ringgit berada pada 4.1790/1830 berbanding dolar AS daripada 4.1730/1760 semasa ditutup semalam.

Peniaga berkata, kemerosotan harga minyak global menjejaskan sentimen belian terhadap unit tempatan dan ini akan memberi impak kepada hasil minyak dan gas negara.

“Penanda aras global niaga hadapan minyak mentah Brent merosot 10 sen untuk ditutup kepada AS$60.82 setong,” katanya.

Sementara itu, ringgit turut diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan merosot berbanding dolar Singapura daripada 3.0596/0623 kepada 3.0624/0658 dan rendah berbanding yen daripada 3.8270/8305 sebelum ini kepada 3.8491/8539.

Ia susut berbanding pound Britain daripada 5.4191/4246 semalam kepada 5.4302/4371 dan berkurangan berbanding euro daripada 4.6249/6287 kepada 4.6299/6348.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.