Setiap kali sebut negara Jepun, pasti ramai dalam kalangan kita yang membayangkan teknologi negara tersebut yang berada di tahap yang berbeza berbanding negara lain.

Malah negara yang terkenal dengan jolokan “matahari terbit” itu juga mempunyai teknologi atau sistem kehidupan lain daripada yang lain dan tidak terjangkau dalam pemikiran kita.
Sehubungan itu, apa sahaja yang dilakukan di Jepun pasti akan menarik sesiapa sahaja untuk membaca atau mengikutinya.
1. Heater dipasangkan di setiap taman permainan untuk ibu bapa panaskan badan
Sesuai dengan musim di negara Jepun, mereka turut menyediakan pemanas badan sehingga ke taman permainan kanak-kanak.
Ia supaya ibu bapa akan berasa selesa apabila menunggu anak-anak yang sedang bermain sambil memanaskan badan.
Sudah semestinya apabila sebut sahaja negara Jepun, aturan yang sistematik akan menjadi teras utama.
Begitu juga dengan laluan beratur untuk masuk ke dalam train atau kereta. Ini bermakna anda tidak perlu tergesa-gesa dan tolak-menolak antara satu sama lain.
Jepun juga boleh dikatakan sebuah negara yang mempunyai teknologi canggih.
Dan ia jelas terpancar pada sistem lampu isyarat hologram yang digunakan.
Kepada mereka yang pernah bercuti ke negara matahari terbit ini, pastinya terpukau dengan kepelbagaian mesin layan diri yang menjual macam-macam benda.
Bukan sahaja air dan makanan, malah buah-buahan dan sayur-sayuran juga boleh dikatakan dijual menggunakan mesin layan diri ini!
Malah baru-baru ini produk dari Malaysia juga mula dijualkan menggunakan vending mesin.
Memang pelik kalau nampak motosikal yang boleh bawa dua orang anak di negara kita, tetapi tidak di negara Jepun.
Mereka mempunyai motosikal khas yang dapat membawa dua orang anak dan dilengkapi dengan kerusi yang selamat dan selesa.
Setiap kali berkunjung ke pasaraya, mesti ada sahaja barang yang dibeli tidak sesuai diletakkan dalam beg plastik yang sedia ada.
Ini kerana kadang-kadang beg plastik tersebut terlampau kecil atau besar. Jadi, di Jepun mereka turut ada beg plastik khas untuk bawa barang yang pelik-pelik.
Tiada tempat hendak letak handbag bila berkunjung ke restoran bukan lagi isu besar di Jepun kerana mereka akan menyediakan bakul khas yang akan diletakkan di sebelah meja anda untuk meletakkan barang peribadi seperti handbag.
Jepun atau Korea memang dikenali sebagai negara yang selamat kerana anda boleh membiarkan barang peribadi anda terdedah di tempat awam tanpa perlu risau.
Sampaikan ada yang tidur di dalam train pun membiarkan sahaja telefon bimbit di bawah.
Malah sebelum ini terdapat sebuah bangunan yang menempatkan barang “lost and found” sehingga ada beratus telefon pintar diletakkan disitu kerana dijumpai dan tidak dituntut.
Jepun juga mempunyai tahap persediaan keselamatan yang memang efisien.
Di sana, laluan yang yang mempunyai garisan hijau melambangkan laluan tersebut adalah “zone ke sekolah”.
Sudah menjadi kebiasaan juga di Jepun di mana bukan sahaja orang yang bekerja, malah pelajar sekolah juga menggunakan khidmat pengangkutan awam seperti keretapi laju.
Jadi, mereka boleh sahaja meninggalkan beg sekolah mereka di ruang menunggu tanpa perlu risau akan dicuri ataupun tidak.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]