
Dalam satu kenyataan, beliau berkata tindakan tegas mesti diambil untuk melindungi integriti dan kesucian Dewan Rakyat.
“Hari ini, saya akan menulis kepada kerajaan untuk menggesa seorang menteri memfailkan usul untuk merujuk Tajuddin kepada Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan untuk tindakan selanjutnya.”
Khoo dan Tajuddin digantung berikutan kekecohan yang berlaku selepas mempersoalkan jika abu suci (vibhuti) di dahi Ahli Parlimen Jelutong RSN Rayer ada kaitan dengan abu mayat Chin Peng.
Tajuddin kemudian menarik balik kenyataannya tetapi menegaskan beliau hanya bertanya.
Beliau juga mencadangkan Speaker Dewan Rakyat Mohamad Ariff Md Yusof menggantungnya selama 4 hari dan bukannya 2 hari.
Sementara itu, Khoo digantung kerana mengabaikan arahan Ariff supaya tidak terus membangkitkan perkara tersebut.
Beliau berkata beliau tidak menyalahkan Ariff tetapi mengekalkan bahawa ia bukan bagaimana persidangan Dewan Rakyat patut diadakan.
“Bagaimanakah kita membenarkan ahli Parlimen yang dipilih mengeluarkan kenyataan menghina masyarakat Hindu di Dewan Rakyat tanpa sebarang tindakan diambil?”
Beliau juga mencabar parti komponen BN iaitu MIC dan MCA mengatakan sama ada mereka bersetuju dengan komen Tajuddin.