Bantuan tunai pekebun kecil diberi kepada sepupu saya, kata timbalan ketua menteri Sabah

Bantuan tunai pekebun kecil diberi kepada sepupu saya, kata timbalan ketua menteri Sabah

Madius sebelum ini berkata beliau layak menerima bantuan kerana memenuhi syarat ditetapkan Lembaga Industri Getah Sabah.

Timbalan Ketua Menteri Sabah Wilfred Madius Tangau berkata sepupuya mendaftar untuk bantuan musim tengkujuh pekebun kecil getah. (Gambar Bernama)
KOTA KINABALU:
Timbalan Ketua Menteri Sabah Wilfred Madius Tangau, yang sebelum ini dikritik banyak pihak berkata, bantuan musim tengkujuh untuk kebun getahnya diberikan kepada sepupu beliau, Taimin Gindalan, yang mengurus kebun tersebut di Tamparuli.

Beliau berkata, Gindalan dan keluarga beliau yang mengambil inisiatif mendaftarkan kebun berkenaan bagi mendapatkan bantuan tunai tersebut.

“Kami berterima kasih atas skim itu, Saya memang ada tanah di Tamparuli yang ditanam dengan getah selama ini,” katanya semalam.

“Gindalan dan keluarganya yang mengurus kebun itu dan setelah sekian lama bantuan itu diberikan kepadanya,” kata beliau dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di Kobe, Jepun.

Madius, yang merupakan menteri perdagangan dan industri negeri, mengetuai satu rombongan perdagangan ke Jepun dari 28 Nov hingga 6 Dis.

Di Sabah, pekebun kecil getah yang memiliki kebun seluas 6 ekar atau kurang dan merupakan rakyat Malaysia berhak mendapat bantuan monsun tanpa mengira kedudukan.

Satu senarai penerima bantuan tersebut, termasuk Madius, tular di media sosial semalam, sekali gus menyebabkan netizen mengkritiknya dengan sesetengah mereka berkata timbalan ketua menteri tidak layak menerima bantuan berkenaan kerana kedudukannya.

Ketika ditanya oleh FMT sebelum ini, Madius berkata, beliau mempunyai tanah seluas 10 ekar di Tuaran dan memenuhi syarat penerima bantuan yang ditetapkan oleh Lembaga Industri Getah Sabah.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.