Turki hantar pulang 2 pengganas asing ke Belgium

Turki hantar pulang 2 pengganas asing ke Belgium

Kenyataan pejabat pendakwa persekutuan Belgium berkata, Fatima B dan Rahma B yang ditahan di penjara di Antwerp dijangka tiba di Belgium pada Jumaat.

Sejak kemunculan IS pada 2013, Turki sering menjadi sasaran serangan pengganas, termasuk 10 serangan pengebom bunuh diri dan 7 serangan bom yang meragut 315 nyawa dan ratusan lagi cedera. (Gambar Reuters)
ANKARA:
Turki menghantar pulang 2 pengganas asing ke Belgium pada Jumaat, menurut Twitter Kementerian Dalam Negerinya lapor agensi berita Anadolu.

Dalam pada itu, kenyataan pejabat pendakwa persekutuan Belgium berkata, Fatima B dan Rahma B yang ditahan di penjara di Antwerp dijangka tiba di Belgium pada Jumaat.

Kenyataan itu menambah pihak berkuasa mengeluarkan waran tangkap ke atas Fatima B pada 18 Mei 2015 dan Rahma B pada 27 Jun 2019.

Sementara itu, Menteri Dalam Negeri Turki Suleyman Soylu mengumumkan pada Khamis 11 anggota warga Perancis yang mempunyai kaitan dengan IS dihantar pulang ke negara asal mereka pada awal Disember.

“Minggu ini pada Jumaat dan Sabtu kami akan mengadakan penghantaran pulang ke Belgium dan Ireland,” kata Soylu.

Turki bertekad untuk meneruskan usaha menghantar pulang pengganas ke negara asal mereka meskipun menerima bantahan beberapa negara Eropah.

Sejak IS muncul pada 2013, Turki sering menjadi sasaran serangan pengganas, termasuk 10 serangan pengebom bunuh diri, 7 serangan bom dan 4 serangan bersenjata yang meragut 315 nyawa dan ratusan lagi cedera.

Sebagai tindak balas terhadap serangan tersebut, Turki melancarkan operasi anti-keganasan untuk meneutralkan 3,500 pengganas IS dan menangkap 5,500 yang lain.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.